Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

 

mashabibi.com - Assallammuallaikum Sobat, Tahukah kamu khutbah terakhir yang pernah nabi muhammad sampaikan untuk umatnya di masa mendatang saat itu, ya masa itu adalah masa yang saat ini sedang kita lalui.

khutbah terakhir yang di sampaikan beliau ini sangatlah menyentuh kalbu hati pembaca maupun pendengarnya. berikut kami tuliskan khutbah terakhir yang pernah baginda nabi muhammad saw sampaikan untuk umatnya:

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD

(Sallallahu alaihi Wasallam)

Khutbah ini disampaikan pada 9 hb,
Zulhijjah Tahun 10 hijriyyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para istri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasan kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka karena sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu. Kerjakanlah "ibadah Haji" sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahwa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas ku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain dan hendaklah orang itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dan dari mereka yang mendengar terus dariku, Saksikanlah ya Allah, bahwasannya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.


Khutbah terakhir ini bersumber dari postingan instagram, berikut fotonya beserta link sumber postingannya :

Sumber:https://www.instagram.com/p/CV3tf7BBNqk/?utm_medium=copy_link


Demikianlah Khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW, semoga kita sebagai umatnya dapat mencerna dengan baik pesan beliau. dan jangan lupa share ke sobat muslimin lainnya. Semoga bermanfaat, Assallammuallaikum Wr. Wb.